Tuesday, March 15, 2011

F.I.K.I.R

Somewhere over the rainbow.
Somewhere only we know.

Mengagumi keindahan ciptaan-NYA
Apa-apa je la kan. Tapi bagi saya kan, setiap orang tu mempunyai tempat sendiri untuk mencari ketenangan. Ketenangan boleh didapati dari membaca Al-Quran dan mendekatkan diri kepada Allah. Itu saya tidak nafikan. Akan tetapi, salah satu cara lain adalah dengan melihat kebesaran Allah. Allah tak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia sahaja. Rumah sebagai contohnya mempunyai soothing effect jika kita perasan.

Ibu bapa
Ada kawan yang rindukan rumah. Sebenarnya mereka rindukan suasana rumah yang menenangkan perasaan itu. Walaupun malu meyatakan kerinduaan kepada kedua ibu bapa itu, namun itulah sebenarnya yang kita perlukan. Ibu bapa tidak hanya dicipta Allah untuk melahirkan dan membesarkan ita sahaja. Mereka dicipta sebagai penenang jiwa kita semasa kita runsing. Begitu juga anak-anak, diciptakan untuk kedua ibu bapa sebagai penenang hati mereka.

Anak-anak
Jadi jika kita lihat anak-anak muda hari ini, apa pendapat anda ? Tenangkah hati ibu bapa mereka jika melihatkan keadaan anak-anak muda sekarang. Yang lelaki dah macam perempuan, yang perempuan dah macam lelaki. Yang sepatutnya tertutup sekarang terdedah, yang seluar panjang dah semakin pendek. Saya berpendapat, ini semua disebabkan budaya-budaya yang disebarkan oleh media massa. Hanya pendapat ye. Bukankah manusia itu dijadikan sebaik-baik kejadian ? Maka lindungilah kecantikkan itu.

2 comments: