Wednesday, March 30, 2011

Thinking big is an art.

Mustahil.
Mustahil untuk benda ini berlaku.

Sedar atau tidak, kita sering meletakkan diri kita disatu tahap yang lebih rendah dari kemampuan sebear kita. Anda sedar ? Kita berkebolehan untuk melakukan sesuatu dengan sehabis baik, namun kita hanya melakukan kerja itu secara menghempaskan batuk ditangga. Setuju ? Teruskan membaca.

Minda kita ini merupakan satu objek yang abstrak untuk digambarkan. Secara fizikalnya minda itu digambarkan terletak didalam otak kita. Namun, tidak ada sesiapa pun yang mampu menunjukkan dimana minda itu berada. Minda itu mempunyai ciri-ciri yang amat kompleks. Dalam bahasa mudahnya rumit. Rumitnya otak itu berbeza mengikut orang.

Otak ini bijak. Otak memproses maklumat yang diterima dari panca indera dan menukarkannya ke dalam bentuk tindak balas. Otak ini baik. Otak ini mengelakkan kita dari melakukan sesuatu yang akan memudaratan diri kita. Jika dianalogikan, otak itu sebagai limiter. Menghalang badan dari melakukan sesuatu perkara yang dapat mencederakan diri. Tapi, otak ini boleh dibentuk. Boleh dipaksa untuk mengeluarkan output yang berguna untuk diri.

Jadi marilah kita memanipulasi otak kita ini untuk mengikut kita. Badan, dan diri kita boleh membuat lebih dari apa yang kita mampu. It is an art of thinking big. There is nothing wrong by having big though. But, even the best ideas need an execution. Action is vital in these days.

Start thinking big guys.


0 comments:

Post a Comment