Thursday, July 28, 2011

Hidup takkan jadi mudah kalau kita tak jadikan hidup ni mudah. Kita ada kuasa untuk mengubah hidup kita. Bukan mengubah apa yang sudah tertulis oleh Allah, tetapi mengubah keadaan semasa kita. Saya pernah dengar satu ungkapan English berbunyi

 

Past is over. Future is blank. Present is been written.

 

Dalam maksud mudahnya, perkara yang lalu sudah berlaku dan kita haruslah menerima apa yang terjadi seadanya.
Masa hadapan masih lagi kosong kerana kita belum melalui waktu itu.
Namun, masa kini sedang dilalui dan masa kinilah yang mencorak masa hadapan kita.

Jika kita berpuas hati dengan masa kini kita, teruskan. Tetapi jiwa ada dalam hati kita niat untuk menjadikan diri ini lebih berjaya dari masa dahulu, titik perubahannya adalah bermula dari sekarang. Perubahan tidak mengambil masa yang sekejap. Perubahan diri itu memerlukan pengorbanan yang amat banyak. Tetapi, "at the end of the day", segala pengorbanan kita itu, Insyaallah tidak sia-sia.

 

0 comments:

Post a Comment